BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 21, 2009

cabaran kebajikan sosial hari ini dan masa hadapan

Kebajikan sosial adalah sesuatu agenda yang penting di Negara kita. Hal ini kerana terdapat ramai golongan masyarakat yang memerlukan bantuan kebajikan daripada kerajaan, badan bukan kerajaan(NGO) ataupun orang-orang persendirian. Secara umumnya kebajikan social adalah perkara yang melibatkan proses pertolongan ataupun bantuan.

Kini terdapat pelbagai institusi yang ditubuhkan bertujuan untuk memberikan perkhidmatan kebajikan social. Tidak kiralah samaada dari pihak kerajaan, badan bukan kerajaan, orang persendirian dan sebagainya. Namun persoalannya sampai bilakah institusi-institusi yang sedia ada ini akan menghulurkan bantuan kebajikan. Adakah bantuan yang disalurkan itu dapat meningkatkan mutu kehidupan orang yang diberikan bantuan tersebut. Contohnya dalam konteks kebajikan social terhadap masalah kemiskinan, adakah bantuan kewangan yang diberikan setiap bulan kini, masih akan dapat diberikan pada masa hadapan. Seeloknya bantuan yang diberikan adalah bersama-sama dengan latihan dan motivasi untuk meningkatkan mutu kehidupan golongan miskin tersebut supaya dapat keluar daripada lingkungan kemiskinan tersebut.

Selain itu, kebajikan sosial memfokuskan golongan masyarakat, komuniti dan kumpulan seperti golongan miskin, orang kelainan upaya(OKU), warga tua, wanita, kanak-kanak, penagih dadah dan sebagainya. Setiap golongan ini memerlukan kemahiran dan pendekatan yang berbeza untuk membantu menyelesaikan masalah mereka. contohnya golongan penagih dadah memerlukan bantuan dari segi sokongan moral setelah mereka keluar dan pulih dari menagih. Bantuan kebajikan sosial amat penting bagi mereka supaya mereka boleh mejalani kehidupan dan tidak terlibat dengan dadah semula.

Sebagai keseimpulannya, kebajikan sosial adalah perkara yang amat penting untuk menjadikan Malaysia sebagai salah satu landasan untuk menjadi sebuah Negara maju pada tahun yang akan datang.

Tuesday, October 20, 2009

MENGAPA MANUSIA BERMASALAH??(dari sudut sosialisasi)

melalui perbincangan yang dilakukan didalam kelas, kami telah menyenaraikan beberapa sebab atau punca mengenai mengapa manusia bermasalah. kelas telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan. dan kumpulan kami telah mendapat tajuk mengapa manusia bermasalah dari sudut sosialisasi. berikut adalah pandangan daripada ahli kumpulan kami....
Masalah merupakan satu fenomena semulajadi terjadi kepada manusia. Masalah boleh berpunca dari apa jua keadaan dan tidak mengira umur, jawatan, pangkat, darjat dan sebagainya. Fokus utama artikel ini merujuk kepada masalah yang melibatkan sosialisasi.
Masalah yang berpunca dari tempat kerja juga merupakan masalah sosialisasi. Hal ini jika dibawa pulang ke rumah, boleh menyebabkan pergaduhan antara suami dan isteri jika tidak di selesaikan dengan bijak. Akibatnya, ia boleh menyebab berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan dan masalah ini tidak berakhir di sini sahaja, kesannya terhadap anak-anak. Hal demikian boleh menyebab tumbesaran anak mereka terganggu terutama sekali dari segi sosial. Bagi remaja pula ia akan menimbulkan masalah lain seperti lari dari rumah, pergaulan bebas dan yang paling teruk adalah terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
Masalah sosialisasi juga berpunca dari tekanan hidup menyebabkan ada sesetengah daripada mereka sanggup menjual maruah diri hanya untuk mendapatkan wang. Daripada masalah itu akan wujudlah masalah lain seperti kes pembuangan bayi. Selain itu juga, berlaku penganiyaan kepada mereka yang lemah. Ada antara mereka sanggup menjadi pengemis dan mencuri kerana desakan hidup yang kian mencabar.
Kesimpulanya, sebesar mana masalah sekalipun yang mendatang, jika diurus dengan baik ia boleh diselesaikan secara sistematik dan berkesan tanpa memberi kesan negatif kepada orang lain. Bagi umat orang Islam, setiap masalah yang timbul, boleh diuruskan dengan baik jika berlandaskan agama dan ajaran sunnah yang betul.

Sistem Perspektif : Model Pincus-Minahan

Terdapat empat elemen asas yang terdapat dalam sistem kerja sosial menurut teori Pincus-Minahan, iaitu change system agent, client system, target sistem dan action system.
  1. Change agent system terdiri daripada professional yang digaji dalam tujuan merancang sesuatu perubahan. organisasi yang mengupah change agent system juga merupakan sebahagian daripada sistem ini. Hal ini sangat penting kerana hanya individu yang diupah tergolong dalam change agent system. Pekerja sosial adalah tergolong dalam sistem ini kerana mereka bekerja dengan individu, kumpulan, keluarga, organisasi dan komuniti untuk membentuk perubahan yang positif.
  2. client system adalah klien yang memerlukan pertolongan daripada perkhidmatan change agent dan klien mempunyai persetujuan dan kontrak dengan agen tersebut.
  3. Target system terdiri daripada individu, agensi dan organisasi yang ingin diubah oleh pekerja sosial untuk mencapai matlamat. Dengan menganalisis perubahan dalam target system, pekerja sosial boleh mengukur keberkesanan dan menyediakan makanisme yang sesuai dalam melaksanakan sesuatu perubahan.
  4. Action system adalah system yang menerangkan mengenai golongan yang bekerja dengan pekerja social dan mempunyai tanggungjawab untuk melaksanakan tugas serta mencapai matlamat yang telah ditetapkan dalam usaha untuk melakukan perubahan. Mungkin ia akan melibatkan penglibatan dalam action system yang berbeza bagi setiap aspek usaha perubahan yang berbeza untuk menyempurnakan semua matlamat yang berbeza yang telah ditetapkan. Konsep strategi dan pencapaian juga digunakan untuk menerangkan bagaimana action system dan target system terbentuk.

1. Tentukan masalah. Ini bermaksud adakah masalah yang hendak diselesaikan itu sesuai untuk diselesaikan. Selain itu, dalam penentuan masalah ini, pekerja social boleh mengkatogerikan masalah itu samaada masalah yang kecil ataupun masalah besar dan berat.
2. “Client system” bermaksud system yang berada disekeliling client tersebut. Sebagai contoh untuk menyelesaikan masalah seseorang mahasiswa, sebagai pekerja sosial kita perlulah mengetahui sistem disekeliling mahasiswa tersebut seperti kolej, kawan-kawan, pensyarah, kaunselor dan sebagainya.
3. Change agent system iaitu pekerja social bersama-sama dengan sumber-sumber yang ada bagi menyokong dan membantu pekerja social itu seperti organisasi kerajaan atau NGO, jabatan Kebajikan Masyarakat, hospital dan sebagainya.
4. Assessments of data bermaksud pekerja social menilai segala data yang diterima dengan cara mendapatkan maklumat mengenai permasalahan klient. Maklumat boleh diperolehi dengan menggunakan pendekatan komunikasi yang berkesan.
5. Determination of outcome goals and determination of target. Ini bermaksud pekerja sosial menentukan jangkaan-jangkaan yang akan diperolehi sekiranya sesuatu tindakan yang dipilih dilaksanakan.
6. Determination of strategies/goals. Iaitu penentuan strategi dan matlamat yang akan dilaksanakan dalam proses menolong tersebut.
7. implementation/reassessment iaitu melaksanakan apa yang telah dirancang.
8. Outcome ialah hasil yang diperolehi samaada Berjaya mahupun tidak.
9. Evaluation ialah penilaian terhadap apa yang telah dilakukan.

Monday, October 19, 2009

Penyalahgunaan Dadah dan Cara Mengatasi

AHLI KUMPULAN :
Norazizah Mat Nor
Nadiah Mat Salleh
Fadhilla Wahidah Samsudin
Nor Syuhada Zulkipli

APA ITU DADAH?
ØDadah ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf seperti menyebabkan keadaan mabuk, khayal, ketagih, gangguan tingkahlaku dan sebagainya.
ØPenggunaannya yang berterusan akan mendatangkan bahaya dan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama Islam.

Apakah penyalahgunaan dadah?
—Penyalahgunaan dadah melibatkan perlakuan yang berulang-ulang atau penggunaan dadah yang berlebihan. Ia akan mendatangkan perasaan gembira melampau atau ketagih bertujuan lari daripada kenyataan.
—Penyalahgunaan dadah melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah yang akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian

Apakah penagihan dadah?
•Penagihan dadah dikenali sebagai bergantung dengan dadah.
•Penagihan dadah bermula apabila seseorang itu mula dengan pengambilan dadah . Contohnya:
i) Memerlukan dos yang lebih tinggi untuk mencapai kesan yang diingini
ii) Mula menunjukkan sifat-sifat ketagih apabila penggunaannya dihentikan
iii) Terpaksa meningkatkan jumlah dadah yang lebih banyak dan tempoh penggunaan yang lebih lama

Jenis-jenis dadah
1. Depresan - termasuk heroin, morfin, candu, kodein dan barbiturat.
- Tanda pengambilan : Pertuturan kurang jelas, berjalan terhuyung hayang, hilang pertimbangan, hilang daya ransangan,muntah,susah tidur, ketakutan, perasaan sensitif
- Kesan : Menurunkan tekanan darah, tidak sedar diri,
anak mata membesar, tekanan darah meningkat,mati.
2. Stimulan - termasuk kokain, amfetamin, gam , pelarut organik seperti benzin dan cat.
- Tanda pengambilan : Depresi, ketagihan teruk, keletihan mental, fizikal, keresahan dan fikiran
sering terganggu.
- Kesan : Boleh berjaga tanpa tidur 2-3 hari, penurunan berat badan, tingkahlaku yang agresif, kesan psikologi halusinasi dan paranoid, kesan pada otak, kematian.
3. Halusinogen - termasuk ganja, habish, LSD, PCP,’Crack’ dan bahan yang mengandungi psilosibin.
- Tanda pengambilan : Anak mata membesar, tekanan
darah meningkat, penerapan deria yang berubah,
pengalaman psikik menyeronokan dan menakutkan.
- Kesan : Tidak dapat mengawal diri, tidak dapat
membezakan antara yang benar atau tidak, panik,
paranoia, psikosis

Faktor-faktor pengambilan dadah
—Ingin mencuba
— Terikut-ikut / pengaruh rakan,keluarga
— Bekalan dadah yang senang didapati
— Suasana semasa. Contohnya; kelab malam
— Tekanan / cabaran dalam kumpulan
— Bagi tujuan merawat
— Pengaruh media

Tanda dan gejala seseorang itu terlibat dalam penyalahgunaan dadah
—Selalu ponteng sekolah, tidak hadir bekerja, mutu kerja menurun, hasil kerja merosot, kebersihan dan kesihatan diri tidak terurus.
—Tidak bermaya, selalu menguap, mengantuk, mudah marah, meradang tanpa sebab dan sembunyi-sembunyi bila melakukan sesuatu perkara.
—Lari dari tanggungjawab sehingga keluarga terbiar.
—Suka menjauhkan diri dari keluarga dan kawan rapat serta meninggalkan kegemaran sebelumnya .
—Selalu mengasingkan diri dari kelompok masyarakat dan soka bersendirian.
—Meminta wang berlebihan dan mengambil wang tanpa izin.
—Hilang selera makan.
—Parut atau bekas suntikan di lengan

KESAN PENGAMBILAN DADAH

Jangka Pendek
i) Deria (sensitif kepada cahaya, penglihatan berkembar, telinga berdesing)
ii) Sistem pernafasan dan kardiak (sesak nafas,degupan jantung yang tidak normal)
iii) Sistem usus perut (muntah, mual, hilang selera makan)
iv) Ketiakserasian, kehilangan kawalan diri, sawan, refleks yang berkurangan, hidung berdarah, pening kepala

Jangka Panjang

i) Letih-lesu, pucat, kehilangan daya ingatan, kehilangan daya
berfikir dengan jelas, kedahagaan, kesusutan badan, kesugulan.


Penggunaan Berulang Kali :
i) Kerosakan sistem saraf pusat
ii) Pengurangan keupayaan jasmani dan mental
iii) Kerosakan kepada hati, buah pinggang, darah dan sum-sum tulang
iv) Kematian berpunca daripada degupan jantung yang tidak tetap, kesukaran bernafas dan kemalangan


Cara Pencegahan
• Menimbulkan ketakutan
• Program berasaskan maklumat
• Pendekatan kemahiran hidup


- Kemahiran ketahanan sosial
i) Kesedaran tentang pengaruh sosial dadah
ii) Pengetahuan tentang pencegahan dadah
iii) Kemahiran untuk menolak penawaran
- Kemahiran pengurusan-diri
i) Penyelesaian-masalah dan membuat-keputusan
ii) Kemahiran mengubah sikap-diri
iii) Pengurusan tekanan dan kebimbangan
- Kemahiran sosial umum
i) Kemahiran komunikasi yang berkesan
ii) Kemahiran perbualan
iii) Kemahiran ketegasan


— Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan untuk melindungi seseorang daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Untuk mencapai tujuan ini, seseorang itu perlu membina perwatakan serta kesedarannya tentang bahaya dadah sebagai perisai diri daripada dipengaruhi oleh anasir yang menyebabkan ia terperangkap dengan dadah. Dengan wujudnya kekuatan ini, setiap individu akan berjaya mencegah dirinya daripada dengan gejala negative ini walaupun ia mudah dan senang diperolehi. Strategi ini dianggap paling berkesan dalam usaha membanteras masalah penyalahgunaan dadah.

Konsep Pencegahan



Rawatan dan Pemulihan



Pemulihan melibatkan prosedur rawatan seperti:
— Terapi dadah gantian
— Pengurusan tingkah laku
— Kaunseling
— Mencegah dari kembali menagih (relapse prevention)
— Latihan menjadi asertif
— Sokongan masyarakat
— Pengisian dan perlembagaan rohani
— Penjagaan berterusan adalah satu komponen yang penting dalam proses pemulihan dari ketagihan dadah.Ia memerlukan sokongan penuh dari keluarga dan masyarakat.

Kumpulan sokongan
Pusat pemulihan :
i) Agensi Anti Dadah Kebangsaan
ii) PEMADAM
iii) PENGASIH
Pakar sakit jiwa :
i) Pakar kaunseling penagihan dadah
ii) Pakar psikologi
Lain-lain :
i) Ibu bapa
ii) Guru


PEMADAM
• PEMADAM adalah singkatan dari Persatuan Mencegah Dadah Malaysia . Ia adalah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan untuk menolong mereka yang bermasalah berbangkit daripada penggunaan dadah, untuk memberi tunjuk ajar kepada orang ramai mengenai bahaya-bahaya penggunaan dadah dan juga untuk mendapat kerjasama orang ramai dalam usaha membasmi dadah.

misi
• Membasmi dadah adalah tanggungjawab kita bersama
• Kita perangi dadah habis habisan

visi
• Negara bebas dadah 2015


Objektif Penubuhan
• Untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta agensi-agensi mereka dan lain-lain badan dalam usaha untuk menghapuskan pengeluaran dan perniagaan dadah yang menyalahi undang-undang dan penggunaannya dalam apa-apa bentuk.
• Untuk membasmi serta menjalankan penyelidikan mengenai penggunaan dadah dan untuk membantu bekas-bekas penagih dadah melalui JAGAAN LANJUTAN.
• Untuk menyedarkan masyarakat akan bahaya penggunaan dadah dan melibatkan masyarakat dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah serta bekerjasama dengan Persatuan-persatuan dan badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan ini.
• Untuk melancarkan kegiatan-kegiatan Persatuan itu dalam peringkat Negeri dan Daerah dan memberi galakan serta bekerjasama dengan Persatuan-persatuan dan Badan-badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan ini.

peranan PEMADAM

  1. Mendidik orang ramai mengenai bahaya penggunaan dadah melalui rancangan pencegahan, pendidikan dan penerangan.
  2. Mengumpul dan menyampaikan pendapat pakar-pakar mengenai penggunaan dadah dan menganjurkan seminar, majlis dialog, forum dan kursus-kursus.
  3. Membantu dalam menyediakan perkhidmatan kaunseling.
    Bekerjasama dengan Jabatan-Jabatan kerajaan yang bersangkutan dan lain-lain pertubuhan sukarela dalam usaha mencegah penggunaan dadah.

Saturday, October 17, 2009

THE STRUCTURAL MODEL

PURPOSE. To ensure that a social work intervention gives adequate and appropriate attention to the client’s social environment and to social change.

Application. This model is intended for use in all social work intervention involving direct practice with individuals, couples and families.

Description.

  • focus on the person in environment and the inherent difficulty of giving equal attention to both dimension, social worker have tended to choose either a clinical orientation or a social change orientation.
  • To consider, first changing the client environment
  • Other orientation to direct practice focus mostly on helping individuals adjust to their situations, the structural approach aims to modify the environment first so it better meets the needs of needs of the individuals.
  • This approach rests on the belief that most of the client situations encountered in social work practice are a manifestation of inadequate social arrangement s and insufficient resources, rather than individual pathologies or personal deficiencies.
  • The model identifies four social work roles (conferee, broker, mediator, and advocate)
  • Assume the worker will move from role to role, depending on the needs of the client. It is built on several fundamental principles ; be accountable and responsible to the client; take actions that identify and engage others who have concerns or problems similar to those of the client; maximize the support that exist in the client’s environment; proceed on the basis of “least contest” .
  • Teach and reinforce behavior and skills that will help the client take control of his or her life

Monday, October 12, 2009

ape2je lh..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Thursday, September 10, 2009

nonverbal

1. MAKSUD KOMUNIKASI NONVERBAL

  • merujuk kepada segala aspek pesanan yang tidak diberikan oleh makna literal perkataan. Komunikasi tanpa lisan merangkumi kedua-dua komunikasi bertulis serta komunikasi lisan.
  • Komunikasi nonverbal adalah proses komunikasi dimana pesan disampaikan tidak menggunakan kata-kata. Contoh komunikasi nonverbal ialah menggunakan gerak isyarat, bahasa tubuh, ekspresi wajah dan kontak mata, penggunaan objek seperti pakaian, potongan rambut, dan sebagainya, simbol-simbol, serta cara berbicara seperti intonasi, penekanan, kualitas suara, gaya emosi, dan gaya berbicara
  • Para ahli di bidang komunikasi nonverbal biasanya menggunakan definisi "tidak menggunakan kata" dengan ketat, dan tidak menyamakan komunikasi non-verbal dengan komunikasi nonlisan. Contohnya, bahasa isyarat, dan tulisan tidak dianggap sebagai komunikasi nonverbal karena menggunakan kata, sedangkan intonasi dan gaya berbicara tergolong sebagai komunikasi nonverbal. Komunikasi nonverbal juga berbeda dengan komunikasi bawah sadar, yang dapat berupa komunikasi verbal ataupun nonverbal

2. CONTOH-CONTOH TINGKAHLAKU NONVERBAL

  • Menunjukkan tapak tangan kepada para pendengar mungkin merupakan sikap terus-terang dan kejujuran.
  • menyembunyikan tapak tangan mungkin membawa makna tipuan.
  • Menggerakkan tangan-tangan menghampiri mulut ataupun menyentuh hidung mungkin juga membawa maksud tipuan.
  • Mengalihkan kaki atau lutut ke arah orang yang lain mungkin menunjukkan minat kepada orang tersebut ataupun penerimaan.
  • Mengalihkan badan dari arah orang yang sedang bercakap mungkin bermakna anda tidak minat berbual dengan orang itu tetapi lebih minat berbual dengan orang yang badan anda menghadapi.
  • Kesenyapan sering merupakan satu bentuk paralinguistik yang mempunyai pelbagai tafsiran yang biasanya, bergantung kepada individu. Satu tafsiran yang merangkumi kesenyapan serta memandang lantai ataupun mengelakkan hubungan mata, biasanya menunjukkan bahawa orang itu sedang memikirkan masalah yang menjejaskannya secara emosi.
  • Dalam budaya barat tidak memandangkan mata orang juga menunjukkan tipuan. Ini juga menunjukkan bahawa anda lebih suka di tempat lain berbanding berbual dengan mereka; ketidakselesaan ataupun kerisauan yang disertai pembohongan.

rujukan: 1) http://id.wikipedia.org/wiki/Komunikasi_nonverbal

2) http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_gerak-geri

Friday, September 4, 2009

statik penagih dadah di malaysia

statik penagih dadah pada tahun 2007 dan 2008 bagi negara malaysia.



Perbandingan Penagih Yang Dikesan Mengikut Umur
Bagi Tahun 2008 Dan 2007



Bagi tempoh 7 bulan sepanjang 2008, golongan belia yang berumur di antara 19-39 tahun masih lagi merupakan majoriti tertinggi penagih yang dikesan adalah seramai 5,396 orang iaitu 0.03% daripada golongan umur unjuran penduduk Malaysia yang berusia 15-64 tahun (17,620,300 orang). Manakala seramai 159 orang (2%) adalah penagih remaja yang berusia di antara 13-18 tahun menunjukkan terdapat penurunan sebanyak 39.5% berbanding tempoh masa yang sama tahun lalu (263 orang). Dari 159 orang remaja yang dikenalpasti, 26.4% dari Kelantan, terdiri dari 36 orang lelaki dan 6 orang perempuan. Sementara di Johor sebanyak 16.4% iaitu 26 orang lelaki adalah kes penagih baru. Sementara Selangor 10.7% terdiri 16 orang lelaki dan seorang perempuan dan Kedah 8.2% iaitu 12 orang lelaki dan seorang perempuan.Kategori umur di antara 25-29 tahun merupakan bilangan penagih yang paling ramai dikesan (18.96%). Ini dijelaskan melalui carta 3 di bawah. Golongan belia merupakan yang tertinggi terdedah dengan risiko penagihan disebabkan oleh pergaulan, pengaruh kawan, sifat ingin mencuba/ingin tahu.Perangkaan menunjukkan dari 5,396 orang belia yang dikesan terlibat dengan penagihan, 2,812 orang mengaku mengambil dadah disebabkan pengaruh kawan dan 1,132 orang mengambil dadah untuk keseronokan




Carta 2: Pecahan Penagih Dadah Mengikut Etnik
(Januari – Julai 2008)
Bagi bulan Januari-Julai 2008, perangkaan menunjukkan bahawa etnik Melayu masih merupakan penagih teramai dikesan iaitu seramai 5,992 orang (74.97%) bersamaan dengan 0.05% daripada jumlah unjuran penduduk etnik Melayu di negara ini yang berusia 15-64 tahun (8,601,700 orang). Etnik Melayu merupakan komposisi etnik tertinggi di negara ini juga merupakan penyumbang kepada majoritinya penglibatan etnik Melayu dalam penagihan dadah



Carta 1: Taburan Penagih Tertinggi 14 Buah Ibu Negeri
Bagi Jan-Julai 2008
Perbandingan perangkaan di 14 buah ibu negeri menunjukkan Georgetown merekodkan bilangan penagih yang tertinggi di kesan iaitu seramai 730 orang,diikuti WP Kuala Lumpur (669), Ipoh (280), Johor Bharu ( 267 ), Alor Setar (153) dan Shah Alam ( 157 ) .
Tumpuan utama penagih di lima buah negeri iaitu jumlah penagih yang tinggi bilangannya . Di WP Kuala Lumpur mencatatkan bilangan penagih paling ramai dikesan berbanding negeri-negeri lain iaitu seramai 1,514 orang, diikuti Pulau Pinang (1,211), Kedah (1010), Johor (960) dan Selangor (844). Tumpuan penagih masih di bandar besar disebabkan kemudahan pengangkutan dan faktor peluang pekerjaan yang mudah. Di WP Kuala Lumpur bandar Dang Wangi dikesan sebagai penyumbang angka penagih terbanyak iaitu 44.20% (669). Di Pulau Pinang ,Georgetown sebanyak 60.30% (730), Johor dari bandar Johor Bahru sebanyak 49.20% (472) manakala di Kedah dikesan di bandar Kuala muda sebanyak 38.40% (388) dan Selangor dari bandar Shah Alam sebanyak 18.60% (157),Berbanding dengan tahun lalu bagi tempoh yang sama, bilangan penagih yang dikesan menurun bagi sembilan buah negeri iaitu Pulau Pinang, Johor, Kedah, Perak, Kelantan , Negeri Sembilan, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Social functioning

For individuals, social functioning encompasses striving toward a life style that meets basic needs, establishing positive relationships, and accentuating personal growth and adjustment.
Other human system, such as group, organizations, and communities, enhance their capacity for social functioning by developing resource, promoting harmony among members, and creating dynamic opportunities for growth and change.
For all human system, the source of improvement of social functioning may be within the system itself, or it may lie in creating change in other social structures.

There are three type of social functioning.

  1. Effective functioning- social understandably, competent system personal interpersonal and institutional resource to deal with problem, issues and, needs. Also, these resources are relatively available and accessible to these systems in the social structure. Adaptive systems recognize their problems and take the necessary steps to resolve them. For example, individuals who are able to adjust successfully to stresses resulting from life transitions such as marriage and divorce, parenting, the death of a loved one, or retirement. When concerns arise, these people are able to cope with the stresses associated with the problem, adapt to change, and make adjustments in their immediate environment. They may or may not access social work services, depending on they identify a need and whether resources are available.
  2. At-risk social functioning- some populations or social system are at risk of difficulties in social functioning. This means that they are vulnerable to specific problems, although such as problems have yet to surface. In other words, identifiable condition exist that could have a negative impact on social functioning. For example, research indicates that certain conditions, such as unemployment, alcohol and drug abuse, and illness, place children at risk for abuse and neglect. People with disabilities are at risk of underemployment. The elderly are vulnerable to early and unnecessary institutionalization. Some inner city neighbourhoods may be at risk of declining educational and economic opportunities.
  3. Difficulties in social functioning- in some human system, problems become so exacerbated that the ability to cope is diminished or the system is immobilized and unable to initiate a change process. In some situation, systems may themselves recognize serious problems that inhibit their ability to function. Individuals may experience depression and loneliness; families may identify communication problems or intrafamilial conflict, or an industry may recognize high levels of worker stress that threaten productivity.

Thursday, August 6, 2009

ISU-ISU DALAM KEBAJIKAN SOSIAL DI MALAYSIA...


PENAGIHAN DADAH



KEMISKINAN









masalah kemiskinan merupakan masalah yang perlu ditangani bersama..

















KEBAJIKAN SOSIAL DALAM KONTEKS 1MALAYSIA

1Malaysia adalah idea yang dicetuskan oleh YB perdana menteri kita yang ke-6 iaitu Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak. Ianya merupakan satu gagasan bagi memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Konsep ini berteraskan kepada beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia juga merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia. Dengan pemahaman ringkasnya 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat.
Pada pendapat saya, 1Malaysia ini dapat menjaga kebajikan sosial masyarakatnya. Ini sangat jelas dalam teras-teras perpaduannya iaitu keadilan sosial. Perkara yang menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya akan tetap dilaksanakan.
Selain itu, slogan bagi 1malaysia ini adalah “Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan”. Ini jelas mengambarkan betapa konsep ini menjaga kepentingan kebajikan sosial di Malaysia. Setiap perkara yang dirancang dan akan dilaksanakan akan mendahulukan kepentingan sosial rakyatnya tidak kiralah rakyat itu berbeza dari segi warna kulit mahupun bahasa dan budaya. Semuanya akan ditimbal balik sebelum sesuatu perlaksanaan itu dilaksanakan. Diharapkan konsep seperti ini akan dapat meningkatkan kefungsian sosial rakyat malaysia.

Wednesday, August 5, 2009

KAEDAH FASILITASI YANG BAIK

Ciri-ciri Seorang Fasilitator Yang Baik

· Bersikap tidak menghukum-tidak semua peserta yang dikendalikan itu sempurna. Setiap manusia melakukan kesalahan, begitu juga dengan peserta, jadi jika ada peserta yang melakukan kesalahan, fasilitator tidak boleh bersikap terus menghukum. Jika boleh, bimbinglah peserta itu ke jalan yang benar supaya dia tidak lagi melakukan kesalahan.
· Bersikap jujur- sikap ini penting dalam mengendalikan sesebuah kumpulan. Yakinlah bahawa Seseorang yang bersikap jujur akan disenangi oleh orang lain.
· Mewujudkan keyakinan- fasilitator hendaklah bijak dalam memberikan keyakinan kepada peserta. Berilah dorongan yang baik kepada peserta untuk yakin dalam berkomunikasi mahupun penampilan.
· Memberi perhatian- fasilitator yang baik hendaklah memberikan perhatian kepada setiap perkara yang diutarakan oleh peserta. Biarpun perkara tersebut adalah remeh. Tetapi dengan memberikan perhatian, peserta akan lebih suka kepada fasi tersebut.
· Peka- fasilitator haruslah peka dengan keadaan atau suasana yang terjadi didalam sesebuah kumpulan, diri peserta ataupun persekitaran. Ini akan memudahkan fasilitator dalam menghadapi suasana yang terjadi.
· Komunikasi- fasilitator hendaklah pandai dalam berkomunikasi. Komunikasi disini adalah dalam bentuk satu hala dan dua hala. Komunikasi yang baik dapat mengeratkan hubungan sesama fasilitator dan peserta.

Cara-cara Mengendalikan Latihan Dalam Kumpulan
1. Sebelum Pengendalian
· Sikap fasilitator, tugas dan peranannya
· Mengenalpasti kumpulan sasar sama ada pelajar sekolah menengah, remaja mahupun dewasa
· Memahami tajuk yang hendak disampaikan sepenuhnya serta matlamat dan objektif program
· Menyediakan idea‑idea segaran yang agak relevan dengan tajuk
· Berbual‑bual dengan peserta sebelum sesi LDK bermula untuk hilangkan rasa gugup dan membiasakan diri dengan kumpulan

2. Semasa Pengendalian
· Berikan senyuman paling manis kepada peserta
· Tentukan kedudukan sama ada di atas kerusi dan sebagainya.
· Mulakan dengan AI‑Fatihah
· Berikan kata‑kata perangsang dan penghargaan kepada peserta
· Jika peserta belum mengenali antara satu sama lain mulakan dengan taaruf (jika boleh dalam bentuk games)
· Mulakan perbincangan dengan cerita menarik yang relevan dengan tajuk, jangan terus membuat perbincangan
· Wujudkan hubungan kemesraan dengan peserta supaya tidak ada jurang antara peserta dan fasi dan antara peserta dengan peserta supaya LDK dapat dijalankan dengan lancar
· Teruskan perbincangan dan diselang selikan dengan segaran jika peserta mula lemau
· Harus diingat fasi adalah PEMUDAHCARA bukannya memberikan penyelesaian masalah
· Kawal keadaan perbincangan supaya jangan terlalu pasif atau over
· Berikan perhatian Yang sama rata untak setiap peserta
· Buat kesimpulan daripada keseluruhan program dan minta setiap ahli memberikan pendapat

3. Selepas Perbincangan
· Sudahi dengan tasbih Kafarah dan Surah Al‑Asr
· Jaga hubungan kembali dengan peserta


Cara-cara Membuat Peserta Bercerita Tanpa Rasa Malu
· Biarkan dia bercerita mengikut rentak dan kehendaknya
· Jadilah pendengar yang baik. Ramai orang tidak suka kita mengorek rahsia peribadi
· Sebagai permulaan gunakanlah gesaan yang lembut "jika sudi..”
· Tidak tertalu lembut tapi gesaan yang baik
· Jangan bertanya soalan yang boleh dijawab YA atau TIDAK
· Kita tak boleh paksa orang bercerita. Tapi kita mahu mereka suka bercerita

Cara-cara Menjadikan Diri Anda fasilitator Yang Bijak Berbicara
· Jangan terus masuk topik yang anda masih kabur
· Jangan berharap anda disambut baik. Jika mereka senyum atau angguk sudah memadai
· Lihat dahulu keadaan apakah yang mereka sudah bersedia menerima anda ketika itu
· Jangan terus berikan cadangan sebaliknva anda bersetuju dahulu
· Setiap bicara anda adalah susulan dari bicara mereka
· Menjadi pendengar yang baik adalah lebih menguntungkan semua pihak

Monday, July 27, 2009

PERANCANGAN PERBELANJAAN [pendapatan isi rumah RM 3000]

Sepasang pasangan suami n isteri duk kat bandar besar contohnya KL (Kuala Lumpur) la.. Anak 2 orang. Sorang dah sekolah n sorang lagi dah tadika.. pendapatan isi rumahnye RM3000.. cukup ke dengan pendapatan camtu duk kat KL? Mesti kena buat perancangan perbelanjaan betul-betul ni…kat cni de cadangan perbelanjaan bagi pasangan ni...
  1. keperluan asas ( 55%) = RM1650 ( dibahagiakan kepada keperluan asas seperti makanan, minuman, dan pakaian. selain itu, sewa rumah dan bil-bil seperti air, elektrik dan telefon juga termasuk didalam peruntukan ini)
  2. Pendidikan (10%) = RM300 ( peruntukan untuk pendidikan dijumlahkan dalam RM300, ini adalah untuk tambang anak-anak ke sekolah, buku-buku pelajaran selain untuk yuran yang pelbagai untuk aktiviti anak-anak di sekolah. selain itu, dengan jumlah ini juga, keluarga ini boleh membeli buku-buku yang boleh memberikan motivasi atau pembelajaran untuk kebahagiaan seisi keluarga.)
  3. Hiburan (5%) =Rm150 (peruntukan untuk hiburan disini, bukan lah bermaksud hiburan yang melalaikan. hiburan ini perlu untuk menghiburkan diri yang penat lelah sebulan bekerja. dengan peruntukan ini, pasangan ini boleh membawa keluarga mereka pergi berkelah atau menonton wayang bersama-sama. aktiviti seperti ini daat mengeratkan hubungan silaturrahim antara mereka.)
  4. Simpanan dan pelaburan (15%) = RM450 (Pasangan ini, perlu membuat simpanan untuk jangka panjang mereka. dengan peruntukan ini, mereka boleh menyimpan wang kepada beberapa pecahan iaitu Tabung Haji, ASB, insurans dan takaful. selain itu, simpanan untuk pendidikan jangka panjang anak-anak juga termasuk dalam peruntukan ini.)
  5. kecemasan (15%) = Rm450 (peruntukan ini adalah untuk kecemasan seperti kemalangan, kenderaan rosak, bayaran saman, peralatan rumah rosak dan sebagainya. peruntukan ini juga boleh diberikan sebahagiannya kepada keluarga di kampung.



Sunday, July 26, 2009

NILAI DAN ETIKA KERJA SOSIAL

Nilai dalam kerja sosial

  • sebagai pekerja sosial, kita mestilah mengetahui nilai-nilai yang menjadi pegangan setiap pekerja sosial. secara umunya, nilai profesion kerja sosial berkisar kepada kepercayaan yang teguh berkenaan hak individu terhadap kebebasan membuat pilihan dan mengambil peluang-peluang yang ada.Nilai yang ditonjolkan juga berkait rapat dengan keinginan kepada keadaan kehidupan yang memperkukuhkan kebajikan individu, keperihatinan terhadap cara melayani manusia,hala tuju serta strategi untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.Terdapat beberapa nilai yang dipelopori oleh profesion kerja sosial.Nilai-nilai tersebut amat berguna bagi menentukan hala tuju para pekerja sosial dalam mengungguli kecermelangan profesionalisme.Keseluruhanya terdapat lima nilai utama yang menjadi panduan kepada pendidikan kerja sosial adalah seperti berikut:
1. Hubungan profesional pekerja sosial bertitik tolak daripada memartabatkan kemuliaan dan kehormatan individu serta dipertingkatkan melalui proses penglibatan,penerimaan,kerahsiaan,kejujuran dan tanggungjawab terhadap konflik.(Council on Social Work Education/CSWE,1994:139 dalam Hepworth,1997:8).
2. Pekerja sosial menghormati hak individu untuk mengambil dan membuat keputusan dengan bebas dan juga untuk terlibat secara aktif dalam proses “bantuan”(hepworth,1997).
3. Komitmen pekerja sosial dalam membantu “sistem klien” untuk memperoleh sumber-sumber yang diperlukan (Hepworth,1997).
4. Pekerja sosial berusaha bersungguh-sungguh dan berjuang menjadikan institusi sosial lebih ‘humane’ dan responsif kepada keperluan manusia(Hepworth,1997).
5. Pekerja sosial mempamerkan rasa hormat dan penerimaan terhadap keunikan dan ciri-ciri kepelbagaiaan masyasrakat majmuk(Hepworth,1997).

Etika Kerja Sosial
  • Etika bagi pekerja sosial digubal oleh badan-badan profesional seperti National Association of Social Worker(NASW), Persatuan Pekerja Sosial Profesional Malaysia(MASW), British Association of Social Workers(BASW) dan International Fedaration of Social Worker (IFSW)untuk memantau, memaklumkan tingkah laku yang sepatutnya bagi ahli (pengamal)profesional terhadap klien, diri sendiri, rakan sekerja agensi dan masyarakat.National Association of Social Wokers(NASW) di Amerika Syarikat telah mengenalpasti nilai-nilai dan etika yang dikenali sebagai Kod Etika(Code of Ethics) sesuai bagi kerja sosial.Kod ini memberi skop mengenai tanggungjawab dan tingkah laku yang wajib dipatuhi apabila mengamalkan kerja sosial.
  • Menurut Kod Etika NSAW(Zastrow,2004,Appendix(page 604-617) terdapat enam Nilai Teras dan enam Standard Etika sesuai bagi pekerja sosial adalah seperti berikut:
  • Enam Nilai Teras:Perkhimatan(service)-tujuan utama kerja sosial ialah membantu individu yang memerlukan dan menangani masalah sosial.Keadilan sosial (social justice)-mengubah ketidakadilan di dalam masyarakat.Misalnya,di dalam masalah kemiskinan,pengganguguran,dan diskriminasi.Maruah dan harga diri individu(digniti and worth of the person)-menghormati dan menghargai budaya dan ektnik klien.Kepentingan perhubungan kemanusiaan(importance of human relationships)-pekerja sosial mengenalpasti dan memahami tentang kepentingan hubungan antara manusia.Integriti(luhur akhlak) (intergrity)-Pekerja sosial harus jujur dan penuh bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas .Ia mestilah seiring dengan matlamat, nilai-nilai, prinsip-prinsip etika dan praktik kerja sosial.Kecekapan(competence)-
  • Pekerja sosial perlu cekap di dalam bidang yang diamalkan dan sentiasa cuba memperbaiki dan memperkayakanya.
  • Enam Standard Etika:
1. Tanggungjawab pekerja sosial terhadap klien.-Memberi komitmen kepada klien seperti tugas utama memastikan kesejahteraan klien,menghormati penentuan kendiri klien,mendapat persetujuan klien berdasarkan maklumat dan kefahaman yang jelas,kecekapan,memahami budaya klien,elakan konflik kepentingan,hak privasi dan maklumat sulit klien dihormati,akses kepada maklumat dan rekod,tidak mempunyai hubungan seksual dan fizikal dengan klien,tiada ganguan seksual,tidak menggunakan bahasa yang kesat dan menghina klien,bertanggungungjawab menjaga kepentingan klien yang tidak mampu membuat keputusan,memastikan tiada gangguan semasa memberi perkhidmatan dan menamatkan perkhidmatan.
2. Tanggungjawab pekerja sosial terhadap rakan setugas.-Menghormati,kerahsiaan,perbalahan di antara rakan setugas,perundingan,merujuk kepada perkhidmatan-perkhidmatan yang sesuai,elakan hubungan seksual,membatu ketidakcekapan rakan setugas dan sebagainya.
3. Tanggungjawab pekerja sosial di tempat kerja.-penyeliaan dan perundingan,pendidikan dan latihan,penilaian prestasi kerja,rekod klien,petukaran klien,pendidikan lanjutan bagi staf dan pembangunan staf,komitmen kepada majikan dan pengurusan masalah pertelingkahan pekerja dan majikan.
4. Tanggungjawab pekerja sosial sebagai ahli profesional.-Cekap tiada diskriminasi,menjaga tingkahlaku,jujur dan telus,menangani ketidakupayaan,jelas dan telus tentang status diri dan mengiktiraf sumbangan.
5. Tanggungjawab pekerja sosial terhadap profesion kerja sosial.-Integriti profesion,penilaian dan penyelidikan.

kredit to:
http://aloysocialwork.blogspot.com/2009/07/nilai-nilai-dan-etika-dalam-kerja.html

Sunday, July 19, 2009

DEFINITION OF SOCIAL WORK

The International Federation of Social Workers states, of social work today,
"Social work bases its methodology on a systematic body of evidence-based knowledge derived from research and practice evaluation, including local and indigenous knowledge specific to its context. It recognizes the complexity of interactions between human beings and their environment, and the capacity of people both to be affected by and to alter the multiple influences upon them including bio-psychosocial factors. The social work profession draws on theories of human development and behavior and social systems to analyze complex situations and to facilitate individual, organizational, social and cultural changes.

The social work profession promotes social change, problem solving in human relationships and the empowerment and liberation of people to enhance well-being.
Utilizing theories of human behaviour and social systems, social work intervenes at the points where people interact with their environments.
Principles of human rights and social justice are fundamental to social work.

Huraisy

Assalamualaikum..

Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yangbernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy inidari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapayang kau cari?' Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.' '
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak.'..

sampaikan pesanan ini biarpn 1 ayat.. Wallahualam

Tuesday, July 14, 2009

Welcome to my blog

Hai semua.....selamat datang ke blog saya