Sepasang pasangan suami n isteri duk kat bandar besar contohnya KL (Kuala Lumpur) la.. Anak 2 orang. Sorang dah sekolah n sorang lagi dah tadika.. pendapatan isi rumahnye RM3000.. cukup ke dengan pendapatan camtu duk kat KL? Mesti kena buat perancangan perbelanjaan betul-betul ni…kat cni de cadangan perbelanjaan bagi pasangan ni...
- keperluan asas ( 55%) = RM1650 ( dibahagiakan kepada keperluan asas seperti makanan, minuman, dan pakaian. selain itu, sewa rumah dan bil-bil seperti air, elektrik dan telefon juga termasuk didalam peruntukan ini)
- Pendidikan (10%) = RM300 ( peruntukan untuk pendidikan dijumlahkan dalam RM300, ini adalah untuk tambang anak-anak ke sekolah, buku-buku pelajaran selain untuk yuran yang pelbagai untuk aktiviti anak-anak di sekolah. selain itu, dengan jumlah ini juga, keluarga ini boleh membeli buku-buku yang boleh memberikan motivasi atau pembelajaran untuk kebahagiaan seisi keluarga.)
- Hiburan (5%) =Rm150 (peruntukan untuk hiburan disini, bukan lah bermaksud hiburan yang melalaikan. hiburan ini perlu untuk menghiburkan diri yang penat lelah sebulan bekerja. dengan peruntukan ini, pasangan ini boleh membawa keluarga mereka pergi berkelah atau menonton wayang bersama-sama. aktiviti seperti ini daat mengeratkan hubungan silaturrahim antara mereka.)
- Simpanan dan pelaburan (15%) = RM450 (Pasangan ini, perlu membuat simpanan untuk jangka panjang mereka. dengan peruntukan ini, mereka boleh menyimpan wang kepada beberapa pecahan iaitu Tabung Haji, ASB, insurans dan takaful. selain itu, simpanan untuk pendidikan jangka panjang anak-anak juga termasuk dalam peruntukan ini.)
- kecemasan (15%) = Rm450 (peruntukan ini adalah untuk kecemasan seperti kemalangan, kenderaan rosak, bayaran saman, peralatan rumah rosak dan sebagainya. peruntukan ini juga boleh diberikan sebahagiannya kepada keluarga di kampung.
0 comments:
Post a Comment