BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 5, 2009

KAEDAH FASILITASI YANG BAIK

Ciri-ciri Seorang Fasilitator Yang Baik

· Bersikap tidak menghukum-tidak semua peserta yang dikendalikan itu sempurna. Setiap manusia melakukan kesalahan, begitu juga dengan peserta, jadi jika ada peserta yang melakukan kesalahan, fasilitator tidak boleh bersikap terus menghukum. Jika boleh, bimbinglah peserta itu ke jalan yang benar supaya dia tidak lagi melakukan kesalahan.
· Bersikap jujur- sikap ini penting dalam mengendalikan sesebuah kumpulan. Yakinlah bahawa Seseorang yang bersikap jujur akan disenangi oleh orang lain.
· Mewujudkan keyakinan- fasilitator hendaklah bijak dalam memberikan keyakinan kepada peserta. Berilah dorongan yang baik kepada peserta untuk yakin dalam berkomunikasi mahupun penampilan.
· Memberi perhatian- fasilitator yang baik hendaklah memberikan perhatian kepada setiap perkara yang diutarakan oleh peserta. Biarpun perkara tersebut adalah remeh. Tetapi dengan memberikan perhatian, peserta akan lebih suka kepada fasi tersebut.
· Peka- fasilitator haruslah peka dengan keadaan atau suasana yang terjadi didalam sesebuah kumpulan, diri peserta ataupun persekitaran. Ini akan memudahkan fasilitator dalam menghadapi suasana yang terjadi.
· Komunikasi- fasilitator hendaklah pandai dalam berkomunikasi. Komunikasi disini adalah dalam bentuk satu hala dan dua hala. Komunikasi yang baik dapat mengeratkan hubungan sesama fasilitator dan peserta.

Cara-cara Mengendalikan Latihan Dalam Kumpulan
1. Sebelum Pengendalian
· Sikap fasilitator, tugas dan peranannya
· Mengenalpasti kumpulan sasar sama ada pelajar sekolah menengah, remaja mahupun dewasa
· Memahami tajuk yang hendak disampaikan sepenuhnya serta matlamat dan objektif program
· Menyediakan idea‑idea segaran yang agak relevan dengan tajuk
· Berbual‑bual dengan peserta sebelum sesi LDK bermula untuk hilangkan rasa gugup dan membiasakan diri dengan kumpulan

2. Semasa Pengendalian
· Berikan senyuman paling manis kepada peserta
· Tentukan kedudukan sama ada di atas kerusi dan sebagainya.
· Mulakan dengan AI‑Fatihah
· Berikan kata‑kata perangsang dan penghargaan kepada peserta
· Jika peserta belum mengenali antara satu sama lain mulakan dengan taaruf (jika boleh dalam bentuk games)
· Mulakan perbincangan dengan cerita menarik yang relevan dengan tajuk, jangan terus membuat perbincangan
· Wujudkan hubungan kemesraan dengan peserta supaya tidak ada jurang antara peserta dan fasi dan antara peserta dengan peserta supaya LDK dapat dijalankan dengan lancar
· Teruskan perbincangan dan diselang selikan dengan segaran jika peserta mula lemau
· Harus diingat fasi adalah PEMUDAHCARA bukannya memberikan penyelesaian masalah
· Kawal keadaan perbincangan supaya jangan terlalu pasif atau over
· Berikan perhatian Yang sama rata untak setiap peserta
· Buat kesimpulan daripada keseluruhan program dan minta setiap ahli memberikan pendapat

3. Selepas Perbincangan
· Sudahi dengan tasbih Kafarah dan Surah Al‑Asr
· Jaga hubungan kembali dengan peserta


Cara-cara Membuat Peserta Bercerita Tanpa Rasa Malu
· Biarkan dia bercerita mengikut rentak dan kehendaknya
· Jadilah pendengar yang baik. Ramai orang tidak suka kita mengorek rahsia peribadi
· Sebagai permulaan gunakanlah gesaan yang lembut "jika sudi..”
· Tidak tertalu lembut tapi gesaan yang baik
· Jangan bertanya soalan yang boleh dijawab YA atau TIDAK
· Kita tak boleh paksa orang bercerita. Tapi kita mahu mereka suka bercerita

Cara-cara Menjadikan Diri Anda fasilitator Yang Bijak Berbicara
· Jangan terus masuk topik yang anda masih kabur
· Jangan berharap anda disambut baik. Jika mereka senyum atau angguk sudah memadai
· Lihat dahulu keadaan apakah yang mereka sudah bersedia menerima anda ketika itu
· Jangan terus berikan cadangan sebaliknva anda bersetuju dahulu
· Setiap bicara anda adalah susulan dari bicara mereka
· Menjadi pendengar yang baik adalah lebih menguntungkan semua pihak

0 comments: