BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 6, 2009

KEBAJIKAN SOSIAL DALAM KONTEKS 1MALAYSIA

1Malaysia adalah idea yang dicetuskan oleh YB perdana menteri kita yang ke-6 iaitu Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak. Ianya merupakan satu gagasan bagi memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Konsep ini berteraskan kepada beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia juga merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia. Dengan pemahaman ringkasnya 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat.
Pada pendapat saya, 1Malaysia ini dapat menjaga kebajikan sosial masyarakatnya. Ini sangat jelas dalam teras-teras perpaduannya iaitu keadilan sosial. Perkara yang menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya akan tetap dilaksanakan.
Selain itu, slogan bagi 1malaysia ini adalah “Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan”. Ini jelas mengambarkan betapa konsep ini menjaga kepentingan kebajikan sosial di Malaysia. Setiap perkara yang dirancang dan akan dilaksanakan akan mendahulukan kepentingan sosial rakyatnya tidak kiralah rakyat itu berbeza dari segi warna kulit mahupun bahasa dan budaya. Semuanya akan ditimbal balik sebelum sesuatu perlaksanaan itu dilaksanakan. Diharapkan konsep seperti ini akan dapat meningkatkan kefungsian sosial rakyat malaysia.

0 comments: