AHLI KUMPULAN :
Norazizah Mat Nor
Nadiah Mat Salleh
Fadhilla Wahidah Samsudin
Nor Syuhada Zulkipli
APA ITU DADAH?
ØDadah ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf seperti menyebabkan keadaan mabuk, khayal, ketagih, gangguan tingkahlaku dan sebagainya.
ØPenggunaannya yang berterusan akan mendatangkan bahaya dan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama Islam.
Apakah penyalahgunaan dadah?
—Penyalahgunaan dadah melibatkan perlakuan yang berulang-ulang atau penggunaan dadah yang berlebihan. Ia akan mendatangkan perasaan gembira melampau atau ketagih bertujuan lari daripada kenyataan.
—Penyalahgunaan dadah melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah yang akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian
Apakah penagihan dadah?
•Penagihan dadah dikenali sebagai bergantung dengan dadah.
•Penagihan dadah bermula apabila seseorang itu mula dengan pengambilan dadah . Contohnya:
i) Memerlukan dos yang lebih tinggi untuk mencapai kesan yang diingini
ii) Mula menunjukkan sifat-sifat ketagih apabila penggunaannya dihentikan
iii) Terpaksa meningkatkan jumlah dadah yang lebih banyak dan tempoh penggunaan yang lebih lama
Jenis-jenis dadah
1. Depresan - termasuk heroin, morfin, candu, kodein dan barbiturat.
- Tanda pengambilan : Pertuturan kurang jelas, berjalan terhuyung hayang, hilang pertimbangan, hilang daya ransangan,muntah,susah tidur, ketakutan, perasaan sensitif
- Kesan : Menurunkan tekanan darah, tidak sedar diri,
anak mata membesar, tekanan darah meningkat,mati.
2. Stimulan - termasuk kokain, amfetamin, gam , pelarut organik seperti benzin dan cat.
- Tanda pengambilan : Depresi, ketagihan teruk, keletihan mental, fizikal, keresahan dan fikiran
sering terganggu.
- Kesan : Boleh berjaga tanpa tidur 2-3 hari, penurunan berat badan, tingkahlaku yang agresif, kesan psikologi halusinasi dan paranoid, kesan pada otak, kematian.
3. Halusinogen - termasuk ganja, habish, LSD, PCP,’Crack’ dan bahan yang mengandungi psilosibin.
- Tanda pengambilan : Anak mata membesar, tekanan
darah meningkat, penerapan deria yang berubah,
pengalaman psikik menyeronokan dan menakutkan.
- Kesan : Tidak dapat mengawal diri, tidak dapat
membezakan antara yang benar atau tidak, panik,
paranoia, psikosis
Faktor-faktor pengambilan dadah
—Ingin mencuba
— Terikut-ikut / pengaruh rakan,keluarga
— Bekalan dadah yang senang didapati
— Suasana semasa. Contohnya; kelab malam
— Tekanan / cabaran dalam kumpulan
— Bagi tujuan merawat
— Pengaruh media
Tanda dan gejala seseorang itu terlibat dalam penyalahgunaan dadah
—Selalu ponteng sekolah, tidak hadir bekerja, mutu kerja menurun, hasil kerja merosot, kebersihan dan kesihatan diri tidak terurus.
—Tidak bermaya, selalu menguap, mengantuk, mudah marah, meradang tanpa sebab dan sembunyi-sembunyi bila melakukan sesuatu perkara.
—Lari dari tanggungjawab sehingga keluarga terbiar.
—Suka menjauhkan diri dari keluarga dan kawan rapat serta meninggalkan kegemaran sebelumnya .
—Selalu mengasingkan diri dari kelompok masyarakat dan soka bersendirian.
—Meminta wang berlebihan dan mengambil wang tanpa izin.
—Hilang selera makan.
—Parut atau bekas suntikan di lengan
KESAN PENGAMBILAN DADAH
Jangka Pendek
i) Deria (sensitif kepada cahaya, penglihatan berkembar, telinga berdesing)
ii) Sistem pernafasan dan kardiak (sesak nafas,degupan jantung yang tidak normal)
iii) Sistem usus perut (muntah, mual, hilang selera makan)
iv) Ketiakserasian, kehilangan kawalan diri, sawan, refleks yang berkurangan, hidung berdarah, pening kepala
Jangka Panjang
i) Letih-lesu, pucat, kehilangan daya ingatan, kehilangan daya
berfikir dengan jelas, kedahagaan, kesusutan badan, kesugulan.
Penggunaan Berulang Kali :
i) Kerosakan sistem saraf pusat
ii) Pengurangan keupayaan jasmani dan mental
iii) Kerosakan kepada hati, buah pinggang, darah dan sum-sum tulang
iv) Kematian berpunca daripada degupan jantung yang tidak tetap, kesukaran bernafas dan kemalangan
Cara Pencegahan
• Menimbulkan ketakutan
• Program berasaskan maklumat
• Pendekatan kemahiran hidup
- Kemahiran ketahanan sosial
i) Kesedaran tentang pengaruh sosial dadah
ii) Pengetahuan tentang pencegahan dadah
iii) Kemahiran untuk menolak penawaran
- Kemahiran pengurusan-diri
i) Penyelesaian-masalah dan membuat-keputusan
ii) Kemahiran mengubah sikap-diri
iii) Pengurusan tekanan dan kebimbangan
- Kemahiran sosial umum
i) Kemahiran komunikasi yang berkesan
ii) Kemahiran perbualan
iii) Kemahiran ketegasan
Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan untuk melindungi seseorang daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Untuk mencapai tujuan ini, seseorang itu perlu membina perwatakan serta kesedarannya tentang bahaya dadah sebagai perisai diri daripada dipengaruhi oleh anasir yang menyebabkan ia terperangkap dengan dadah. Dengan wujudnya kekuatan ini, setiap individu akan berjaya mencegah dirinya daripada dengan gejala negative ini walaupun ia mudah dan senang diperolehi. Strategi ini dianggap paling berkesan dalam usaha membanteras masalah penyalahgunaan dadah.
Konsep Pencegahan
Rawatan dan Pemulihan
Pemulihan melibatkan prosedur rawatan seperti:
Terapi dadah gantian
Pengurusan tingkah laku
Kaunseling
Mencegah dari kembali menagih (relapse prevention)
Latihan menjadi asertif
Sokongan masyarakat
Pengisian dan perlembagaan rohani
Penjagaan berterusan adalah satu komponen yang penting dalam proses pemulihan dari ketagihan dadah.Ia memerlukan sokongan penuh dari keluarga dan masyarakat.
Kumpulan sokongan
Pusat pemulihan :
i) Agensi Anti Dadah Kebangsaan
ii) PEMADAM
iii) PENGASIH
Pakar sakit jiwa :
i) Pakar kaunseling penagihan dadah
ii) Pakar psikologi
Lain-lain :
i) Ibu bapa
ii) Guru
PEMADAM
• PEMADAM adalah singkatan dari Persatuan Mencegah Dadah Malaysia . Ia adalah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan untuk menolong mereka yang bermasalah berbangkit daripada penggunaan dadah, untuk memberi tunjuk ajar kepada orang ramai mengenai bahaya-bahaya penggunaan dadah dan juga untuk mendapat kerjasama orang ramai dalam usaha membasmi dadah.
misi
• Membasmi dadah adalah tanggungjawab kita bersama
• Kita perangi dadah habis habisan
visi
• Negara bebas dadah 2015
Objektif Penubuhan
• Untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta agensi-agensi mereka dan lain-lain badan dalam usaha untuk menghapuskan pengeluaran dan perniagaan dadah yang menyalahi undang-undang dan penggunaannya dalam apa-apa bentuk.
• Untuk membasmi serta menjalankan penyelidikan mengenai penggunaan dadah dan untuk membantu bekas-bekas penagih dadah melalui JAGAAN LANJUTAN.
• Untuk menyedarkan masyarakat akan bahaya penggunaan dadah dan melibatkan masyarakat dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah serta bekerjasama dengan Persatuan-persatuan dan badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan ini.
• Untuk melancarkan kegiatan-kegiatan Persatuan itu dalam peringkat Negeri dan Daerah dan memberi galakan serta bekerjasama dengan Persatuan-persatuan dan Badan-badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan ini.
peranan PEMADAM
- Mendidik orang ramai mengenai bahaya penggunaan dadah melalui rancangan pencegahan, pendidikan dan penerangan.
- Mengumpul dan menyampaikan pendapat pakar-pakar mengenai penggunaan dadah dan menganjurkan seminar, majlis dialog, forum dan kursus-kursus.
- Membantu dalam menyediakan perkhidmatan kaunseling.
Bekerjasama dengan Jabatan-Jabatan kerajaan yang bersangkutan dan lain-lain pertubuhan sukarela dalam usaha mencegah penggunaan dadah.
0 comments:
Post a Comment