BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 21, 2009

cabaran kebajikan sosial hari ini dan masa hadapan

Kebajikan sosial adalah sesuatu agenda yang penting di Negara kita. Hal ini kerana terdapat ramai golongan masyarakat yang memerlukan bantuan kebajikan daripada kerajaan, badan bukan kerajaan(NGO) ataupun orang-orang persendirian. Secara umumnya kebajikan social adalah perkara yang melibatkan proses pertolongan ataupun bantuan.

Kini terdapat pelbagai institusi yang ditubuhkan bertujuan untuk memberikan perkhidmatan kebajikan social. Tidak kiralah samaada dari pihak kerajaan, badan bukan kerajaan, orang persendirian dan sebagainya. Namun persoalannya sampai bilakah institusi-institusi yang sedia ada ini akan menghulurkan bantuan kebajikan. Adakah bantuan yang disalurkan itu dapat meningkatkan mutu kehidupan orang yang diberikan bantuan tersebut. Contohnya dalam konteks kebajikan social terhadap masalah kemiskinan, adakah bantuan kewangan yang diberikan setiap bulan kini, masih akan dapat diberikan pada masa hadapan. Seeloknya bantuan yang diberikan adalah bersama-sama dengan latihan dan motivasi untuk meningkatkan mutu kehidupan golongan miskin tersebut supaya dapat keluar daripada lingkungan kemiskinan tersebut.

Selain itu, kebajikan sosial memfokuskan golongan masyarakat, komuniti dan kumpulan seperti golongan miskin, orang kelainan upaya(OKU), warga tua, wanita, kanak-kanak, penagih dadah dan sebagainya. Setiap golongan ini memerlukan kemahiran dan pendekatan yang berbeza untuk membantu menyelesaikan masalah mereka. contohnya golongan penagih dadah memerlukan bantuan dari segi sokongan moral setelah mereka keluar dan pulih dari menagih. Bantuan kebajikan sosial amat penting bagi mereka supaya mereka boleh mejalani kehidupan dan tidak terlibat dengan dadah semula.

Sebagai keseimpulannya, kebajikan sosial adalah perkara yang amat penting untuk menjadikan Malaysia sebagai salah satu landasan untuk menjadi sebuah Negara maju pada tahun yang akan datang.

0 comments: