BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 21, 2009

cabaran kebajikan sosial hari ini dan masa hadapan

Kebajikan sosial adalah sesuatu agenda yang penting di Negara kita. Hal ini kerana terdapat ramai golongan masyarakat yang memerlukan bantuan kebajikan daripada kerajaan, badan bukan kerajaan(NGO) ataupun orang-orang persendirian. Secara umumnya kebajikan social adalah perkara yang melibatkan proses pertolongan ataupun bantuan.

Kini terdapat pelbagai institusi yang ditubuhkan bertujuan untuk memberikan perkhidmatan kebajikan social. Tidak kiralah samaada dari pihak kerajaan, badan bukan kerajaan, orang persendirian dan sebagainya. Namun persoalannya sampai bilakah institusi-institusi yang sedia ada ini akan menghulurkan bantuan kebajikan. Adakah bantuan yang disalurkan itu dapat meningkatkan mutu kehidupan orang yang diberikan bantuan tersebut. Contohnya dalam konteks kebajikan social terhadap masalah kemiskinan, adakah bantuan kewangan yang diberikan setiap bulan kini, masih akan dapat diberikan pada masa hadapan. Seeloknya bantuan yang diberikan adalah bersama-sama dengan latihan dan motivasi untuk meningkatkan mutu kehidupan golongan miskin tersebut supaya dapat keluar daripada lingkungan kemiskinan tersebut.

Selain itu, kebajikan sosial memfokuskan golongan masyarakat, komuniti dan kumpulan seperti golongan miskin, orang kelainan upaya(OKU), warga tua, wanita, kanak-kanak, penagih dadah dan sebagainya. Setiap golongan ini memerlukan kemahiran dan pendekatan yang berbeza untuk membantu menyelesaikan masalah mereka. contohnya golongan penagih dadah memerlukan bantuan dari segi sokongan moral setelah mereka keluar dan pulih dari menagih. Bantuan kebajikan sosial amat penting bagi mereka supaya mereka boleh mejalani kehidupan dan tidak terlibat dengan dadah semula.

Sebagai keseimpulannya, kebajikan sosial adalah perkara yang amat penting untuk menjadikan Malaysia sebagai salah satu landasan untuk menjadi sebuah Negara maju pada tahun yang akan datang.

Tuesday, October 20, 2009

MENGAPA MANUSIA BERMASALAH??(dari sudut sosialisasi)

melalui perbincangan yang dilakukan didalam kelas, kami telah menyenaraikan beberapa sebab atau punca mengenai mengapa manusia bermasalah. kelas telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan. dan kumpulan kami telah mendapat tajuk mengapa manusia bermasalah dari sudut sosialisasi. berikut adalah pandangan daripada ahli kumpulan kami....
Masalah merupakan satu fenomena semulajadi terjadi kepada manusia. Masalah boleh berpunca dari apa jua keadaan dan tidak mengira umur, jawatan, pangkat, darjat dan sebagainya. Fokus utama artikel ini merujuk kepada masalah yang melibatkan sosialisasi.
Masalah yang berpunca dari tempat kerja juga merupakan masalah sosialisasi. Hal ini jika dibawa pulang ke rumah, boleh menyebabkan pergaduhan antara suami dan isteri jika tidak di selesaikan dengan bijak. Akibatnya, ia boleh menyebab berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan dan masalah ini tidak berakhir di sini sahaja, kesannya terhadap anak-anak. Hal demikian boleh menyebab tumbesaran anak mereka terganggu terutama sekali dari segi sosial. Bagi remaja pula ia akan menimbulkan masalah lain seperti lari dari rumah, pergaulan bebas dan yang paling teruk adalah terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
Masalah sosialisasi juga berpunca dari tekanan hidup menyebabkan ada sesetengah daripada mereka sanggup menjual maruah diri hanya untuk mendapatkan wang. Daripada masalah itu akan wujudlah masalah lain seperti kes pembuangan bayi. Selain itu juga, berlaku penganiyaan kepada mereka yang lemah. Ada antara mereka sanggup menjadi pengemis dan mencuri kerana desakan hidup yang kian mencabar.
Kesimpulanya, sebesar mana masalah sekalipun yang mendatang, jika diurus dengan baik ia boleh diselesaikan secara sistematik dan berkesan tanpa memberi kesan negatif kepada orang lain. Bagi umat orang Islam, setiap masalah yang timbul, boleh diuruskan dengan baik jika berlandaskan agama dan ajaran sunnah yang betul.

Sistem Perspektif : Model Pincus-Minahan

Terdapat empat elemen asas yang terdapat dalam sistem kerja sosial menurut teori Pincus-Minahan, iaitu change system agent, client system, target sistem dan action system.
  1. Change agent system terdiri daripada professional yang digaji dalam tujuan merancang sesuatu perubahan. organisasi yang mengupah change agent system juga merupakan sebahagian daripada sistem ini. Hal ini sangat penting kerana hanya individu yang diupah tergolong dalam change agent system. Pekerja sosial adalah tergolong dalam sistem ini kerana mereka bekerja dengan individu, kumpulan, keluarga, organisasi dan komuniti untuk membentuk perubahan yang positif.
  2. client system adalah klien yang memerlukan pertolongan daripada perkhidmatan change agent dan klien mempunyai persetujuan dan kontrak dengan agen tersebut.
  3. Target system terdiri daripada individu, agensi dan organisasi yang ingin diubah oleh pekerja sosial untuk mencapai matlamat. Dengan menganalisis perubahan dalam target system, pekerja sosial boleh mengukur keberkesanan dan menyediakan makanisme yang sesuai dalam melaksanakan sesuatu perubahan.
  4. Action system adalah system yang menerangkan mengenai golongan yang bekerja dengan pekerja social dan mempunyai tanggungjawab untuk melaksanakan tugas serta mencapai matlamat yang telah ditetapkan dalam usaha untuk melakukan perubahan. Mungkin ia akan melibatkan penglibatan dalam action system yang berbeza bagi setiap aspek usaha perubahan yang berbeza untuk menyempurnakan semua matlamat yang berbeza yang telah ditetapkan. Konsep strategi dan pencapaian juga digunakan untuk menerangkan bagaimana action system dan target system terbentuk.

1. Tentukan masalah. Ini bermaksud adakah masalah yang hendak diselesaikan itu sesuai untuk diselesaikan. Selain itu, dalam penentuan masalah ini, pekerja social boleh mengkatogerikan masalah itu samaada masalah yang kecil ataupun masalah besar dan berat.
2. “Client system” bermaksud system yang berada disekeliling client tersebut. Sebagai contoh untuk menyelesaikan masalah seseorang mahasiswa, sebagai pekerja sosial kita perlulah mengetahui sistem disekeliling mahasiswa tersebut seperti kolej, kawan-kawan, pensyarah, kaunselor dan sebagainya.
3. Change agent system iaitu pekerja social bersama-sama dengan sumber-sumber yang ada bagi menyokong dan membantu pekerja social itu seperti organisasi kerajaan atau NGO, jabatan Kebajikan Masyarakat, hospital dan sebagainya.
4. Assessments of data bermaksud pekerja social menilai segala data yang diterima dengan cara mendapatkan maklumat mengenai permasalahan klient. Maklumat boleh diperolehi dengan menggunakan pendekatan komunikasi yang berkesan.
5. Determination of outcome goals and determination of target. Ini bermaksud pekerja sosial menentukan jangkaan-jangkaan yang akan diperolehi sekiranya sesuatu tindakan yang dipilih dilaksanakan.
6. Determination of strategies/goals. Iaitu penentuan strategi dan matlamat yang akan dilaksanakan dalam proses menolong tersebut.
7. implementation/reassessment iaitu melaksanakan apa yang telah dirancang.
8. Outcome ialah hasil yang diperolehi samaada Berjaya mahupun tidak.
9. Evaluation ialah penilaian terhadap apa yang telah dilakukan.

Monday, October 19, 2009

Penyalahgunaan Dadah dan Cara Mengatasi

AHLI KUMPULAN :
Norazizah Mat Nor
Nadiah Mat Salleh
Fadhilla Wahidah Samsudin
Nor Syuhada Zulkipli

APA ITU DADAH?
ØDadah ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf seperti menyebabkan keadaan mabuk, khayal, ketagih, gangguan tingkahlaku dan sebagainya.
ØPenggunaannya yang berterusan akan mendatangkan bahaya dan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama Islam.

Apakah penyalahgunaan dadah?
—Penyalahgunaan dadah melibatkan perlakuan yang berulang-ulang atau penggunaan dadah yang berlebihan. Ia akan mendatangkan perasaan gembira melampau atau ketagih bertujuan lari daripada kenyataan.
—Penyalahgunaan dadah melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah yang akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian

Apakah penagihan dadah?
•Penagihan dadah dikenali sebagai bergantung dengan dadah.
•Penagihan dadah bermula apabila seseorang itu mula dengan pengambilan dadah . Contohnya:
i) Memerlukan dos yang lebih tinggi untuk mencapai kesan yang diingini
ii) Mula menunjukkan sifat-sifat ketagih apabila penggunaannya dihentikan
iii) Terpaksa meningkatkan jumlah dadah yang lebih banyak dan tempoh penggunaan yang lebih lama

Jenis-jenis dadah
1. Depresan - termasuk heroin, morfin, candu, kodein dan barbiturat.
- Tanda pengambilan : Pertuturan kurang jelas, berjalan terhuyung hayang, hilang pertimbangan, hilang daya ransangan,muntah,susah tidur, ketakutan, perasaan sensitif
- Kesan : Menurunkan tekanan darah, tidak sedar diri,
anak mata membesar, tekanan darah meningkat,mati.
2. Stimulan - termasuk kokain, amfetamin, gam , pelarut organik seperti benzin dan cat.
- Tanda pengambilan : Depresi, ketagihan teruk, keletihan mental, fizikal, keresahan dan fikiran
sering terganggu.
- Kesan : Boleh berjaga tanpa tidur 2-3 hari, penurunan berat badan, tingkahlaku yang agresif, kesan psikologi halusinasi dan paranoid, kesan pada otak, kematian.
3. Halusinogen - termasuk ganja, habish, LSD, PCP,’Crack’ dan bahan yang mengandungi psilosibin.
- Tanda pengambilan : Anak mata membesar, tekanan
darah meningkat, penerapan deria yang berubah,
pengalaman psikik menyeronokan dan menakutkan.
- Kesan : Tidak dapat mengawal diri, tidak dapat
membezakan antara yang benar atau tidak, panik,
paranoia, psikosis

Faktor-faktor pengambilan dadah
—Ingin mencuba
— Terikut-ikut / pengaruh rakan,keluarga
— Bekalan dadah yang senang didapati
— Suasana semasa. Contohnya; kelab malam
— Tekanan / cabaran dalam kumpulan
— Bagi tujuan merawat
— Pengaruh media

Tanda dan gejala seseorang itu terlibat dalam penyalahgunaan dadah
—Selalu ponteng sekolah, tidak hadir bekerja, mutu kerja menurun, hasil kerja merosot, kebersihan dan kesihatan diri tidak terurus.
—Tidak bermaya, selalu menguap, mengantuk, mudah marah, meradang tanpa sebab dan sembunyi-sembunyi bila melakukan sesuatu perkara.
—Lari dari tanggungjawab sehingga keluarga terbiar.
—Suka menjauhkan diri dari keluarga dan kawan rapat serta meninggalkan kegemaran sebelumnya .
—Selalu mengasingkan diri dari kelompok masyarakat dan soka bersendirian.
—Meminta wang berlebihan dan mengambil wang tanpa izin.
—Hilang selera makan.
—Parut atau bekas suntikan di lengan

KESAN PENGAMBILAN DADAH

Jangka Pendek
i) Deria (sensitif kepada cahaya, penglihatan berkembar, telinga berdesing)
ii) Sistem pernafasan dan kardiak (sesak nafas,degupan jantung yang tidak normal)
iii) Sistem usus perut (muntah, mual, hilang selera makan)
iv) Ketiakserasian, kehilangan kawalan diri, sawan, refleks yang berkurangan, hidung berdarah, pening kepala

Jangka Panjang

i) Letih-lesu, pucat, kehilangan daya ingatan, kehilangan daya
berfikir dengan jelas, kedahagaan, kesusutan badan, kesugulan.


Penggunaan Berulang Kali :
i) Kerosakan sistem saraf pusat
ii) Pengurangan keupayaan jasmani dan mental
iii) Kerosakan kepada hati, buah pinggang, darah dan sum-sum tulang
iv) Kematian berpunca daripada degupan jantung yang tidak tetap, kesukaran bernafas dan kemalangan


Cara Pencegahan
• Menimbulkan ketakutan
• Program berasaskan maklumat
• Pendekatan kemahiran hidup


- Kemahiran ketahanan sosial
i) Kesedaran tentang pengaruh sosial dadah
ii) Pengetahuan tentang pencegahan dadah
iii) Kemahiran untuk menolak penawaran
- Kemahiran pengurusan-diri
i) Penyelesaian-masalah dan membuat-keputusan
ii) Kemahiran mengubah sikap-diri
iii) Pengurusan tekanan dan kebimbangan
- Kemahiran sosial umum
i) Kemahiran komunikasi yang berkesan
ii) Kemahiran perbualan
iii) Kemahiran ketegasan


— Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan untuk melindungi seseorang daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Untuk mencapai tujuan ini, seseorang itu perlu membina perwatakan serta kesedarannya tentang bahaya dadah sebagai perisai diri daripada dipengaruhi oleh anasir yang menyebabkan ia terperangkap dengan dadah. Dengan wujudnya kekuatan ini, setiap individu akan berjaya mencegah dirinya daripada dengan gejala negative ini walaupun ia mudah dan senang diperolehi. Strategi ini dianggap paling berkesan dalam usaha membanteras masalah penyalahgunaan dadah.

Konsep Pencegahan



Rawatan dan Pemulihan



Pemulihan melibatkan prosedur rawatan seperti:
— Terapi dadah gantian
— Pengurusan tingkah laku
— Kaunseling
— Mencegah dari kembali menagih (relapse prevention)
— Latihan menjadi asertif
— Sokongan masyarakat
— Pengisian dan perlembagaan rohani
— Penjagaan berterusan adalah satu komponen yang penting dalam proses pemulihan dari ketagihan dadah.Ia memerlukan sokongan penuh dari keluarga dan masyarakat.

Kumpulan sokongan
Pusat pemulihan :
i) Agensi Anti Dadah Kebangsaan
ii) PEMADAM
iii) PENGASIH
Pakar sakit jiwa :
i) Pakar kaunseling penagihan dadah
ii) Pakar psikologi
Lain-lain :
i) Ibu bapa
ii) Guru


PEMADAM
• PEMADAM adalah singkatan dari Persatuan Mencegah Dadah Malaysia . Ia adalah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan untuk menolong mereka yang bermasalah berbangkit daripada penggunaan dadah, untuk memberi tunjuk ajar kepada orang ramai mengenai bahaya-bahaya penggunaan dadah dan juga untuk mendapat kerjasama orang ramai dalam usaha membasmi dadah.

misi
• Membasmi dadah adalah tanggungjawab kita bersama
• Kita perangi dadah habis habisan

visi
• Negara bebas dadah 2015


Objektif Penubuhan
• Untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta agensi-agensi mereka dan lain-lain badan dalam usaha untuk menghapuskan pengeluaran dan perniagaan dadah yang menyalahi undang-undang dan penggunaannya dalam apa-apa bentuk.
• Untuk membasmi serta menjalankan penyelidikan mengenai penggunaan dadah dan untuk membantu bekas-bekas penagih dadah melalui JAGAAN LANJUTAN.
• Untuk menyedarkan masyarakat akan bahaya penggunaan dadah dan melibatkan masyarakat dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah serta bekerjasama dengan Persatuan-persatuan dan badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan ini.
• Untuk melancarkan kegiatan-kegiatan Persatuan itu dalam peringkat Negeri dan Daerah dan memberi galakan serta bekerjasama dengan Persatuan-persatuan dan Badan-badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan ini.

peranan PEMADAM

  1. Mendidik orang ramai mengenai bahaya penggunaan dadah melalui rancangan pencegahan, pendidikan dan penerangan.
  2. Mengumpul dan menyampaikan pendapat pakar-pakar mengenai penggunaan dadah dan menganjurkan seminar, majlis dialog, forum dan kursus-kursus.
  3. Membantu dalam menyediakan perkhidmatan kaunseling.
    Bekerjasama dengan Jabatan-Jabatan kerajaan yang bersangkutan dan lain-lain pertubuhan sukarela dalam usaha mencegah penggunaan dadah.

Saturday, October 17, 2009

THE STRUCTURAL MODEL

PURPOSE. To ensure that a social work intervention gives adequate and appropriate attention to the client’s social environment and to social change.

Application. This model is intended for use in all social work intervention involving direct practice with individuals, couples and families.

Description.

  • focus on the person in environment and the inherent difficulty of giving equal attention to both dimension, social worker have tended to choose either a clinical orientation or a social change orientation.
  • To consider, first changing the client environment
  • Other orientation to direct practice focus mostly on helping individuals adjust to their situations, the structural approach aims to modify the environment first so it better meets the needs of needs of the individuals.
  • This approach rests on the belief that most of the client situations encountered in social work practice are a manifestation of inadequate social arrangement s and insufficient resources, rather than individual pathologies or personal deficiencies.
  • The model identifies four social work roles (conferee, broker, mediator, and advocate)
  • Assume the worker will move from role to role, depending on the needs of the client. It is built on several fundamental principles ; be accountable and responsible to the client; take actions that identify and engage others who have concerns or problems similar to those of the client; maximize the support that exist in the client’s environment; proceed on the basis of “least contest” .
  • Teach and reinforce behavior and skills that will help the client take control of his or her life

Monday, October 12, 2009

ape2je lh..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Thursday, September 10, 2009

nonverbal

1. MAKSUD KOMUNIKASI NONVERBAL

  • merujuk kepada segala aspek pesanan yang tidak diberikan oleh makna literal perkataan. Komunikasi tanpa lisan merangkumi kedua-dua komunikasi bertulis serta komunikasi lisan.
  • Komunikasi nonverbal adalah proses komunikasi dimana pesan disampaikan tidak menggunakan kata-kata. Contoh komunikasi nonverbal ialah menggunakan gerak isyarat, bahasa tubuh, ekspresi wajah dan kontak mata, penggunaan objek seperti pakaian, potongan rambut, dan sebagainya, simbol-simbol, serta cara berbicara seperti intonasi, penekanan, kualitas suara, gaya emosi, dan gaya berbicara
  • Para ahli di bidang komunikasi nonverbal biasanya menggunakan definisi "tidak menggunakan kata" dengan ketat, dan tidak menyamakan komunikasi non-verbal dengan komunikasi nonlisan. Contohnya, bahasa isyarat, dan tulisan tidak dianggap sebagai komunikasi nonverbal karena menggunakan kata, sedangkan intonasi dan gaya berbicara tergolong sebagai komunikasi nonverbal. Komunikasi nonverbal juga berbeda dengan komunikasi bawah sadar, yang dapat berupa komunikasi verbal ataupun nonverbal

2. CONTOH-CONTOH TINGKAHLAKU NONVERBAL

  • Menunjukkan tapak tangan kepada para pendengar mungkin merupakan sikap terus-terang dan kejujuran.
  • menyembunyikan tapak tangan mungkin membawa makna tipuan.
  • Menggerakkan tangan-tangan menghampiri mulut ataupun menyentuh hidung mungkin juga membawa maksud tipuan.
  • Mengalihkan kaki atau lutut ke arah orang yang lain mungkin menunjukkan minat kepada orang tersebut ataupun penerimaan.
  • Mengalihkan badan dari arah orang yang sedang bercakap mungkin bermakna anda tidak minat berbual dengan orang itu tetapi lebih minat berbual dengan orang yang badan anda menghadapi.
  • Kesenyapan sering merupakan satu bentuk paralinguistik yang mempunyai pelbagai tafsiran yang biasanya, bergantung kepada individu. Satu tafsiran yang merangkumi kesenyapan serta memandang lantai ataupun mengelakkan hubungan mata, biasanya menunjukkan bahawa orang itu sedang memikirkan masalah yang menjejaskannya secara emosi.
  • Dalam budaya barat tidak memandangkan mata orang juga menunjukkan tipuan. Ini juga menunjukkan bahawa anda lebih suka di tempat lain berbanding berbual dengan mereka; ketidakselesaan ataupun kerisauan yang disertai pembohongan.

rujukan: 1) http://id.wikipedia.org/wiki/Komunikasi_nonverbal

2) http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_gerak-geri